Assalamualaikum,
Alhamdulillah buku terbaru saya telah siap ditulis. Dan ianya adalah 100% PERCUMA untuk anda. Sila masukkan nama dan alamat email anda di bawah untuk mendapatkan buku saya secara percuma “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat”.
Ikhlas tapi jauh,
Irfan Khairi
Dubai, UAE
PS: Idea buku ini saya dapat ketika di tanah suci, dan sebab itulah ianya diberikan secara percuma. Saya sertakan perkongsian saya dari Facebook “Warkah dari Mekah” di bawah untuk anda tahu “back story” penulisan buku ini…
*Ebook akan dihantar terus ke email anda dalam masa 10 minit. Sekiranya anda tidak terima, sila periksa junk/spam folder anda.
Mekah | Hari Pertama
Jam 2 pagi di Mekah dan saya tak dapat tidur oleh kerana rasa bersalah.
Pemandangan Masjidil Haram 🕋 dari tingkap hotel sungguh indah.
Teringatkan kisah sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga, usahawan termasyur Abdul Rahman bin Auf. Terus saya menulis dan menulis (menaip)…Â
“8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat”…
Bersalah rasanya oleh kerana sering memberi contoh kepada ramai strategi usahawan seperti Jack Ma, Jeff Bezos, Colonel Saunders, dan lain-lain ketika kendalikan fb LIVE.
Sedangkan contoh kisah kejayaan dan strategi usahawan terhebat, Abdul Rahman bin Auf jarang sangat pula saya kongsikan.
Maafkan saya 😢
So far dah 7 muka surat saya menaip tip, petua dan strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf yang ramai tidak tahu. Apabila siap ini, saya akan berikan kepada anda secara percuma. InsyaAllah, pemberian saya dari Mekah.
-IK
Terima kasih IK di atas ilmu Strategi Abdul Rahman Bin Auf. Penerangan yg ringkas tetapi pemahaman yg sangat mendalam. Ternyata keilmuan & strategy yg diterangkan sangat dekat dgn IK menjadikan ia mudah difahami dan diperincikan.
~Sya Nora
Kandungan di dalam buku ini memang di luar jangkaan saya.. Pengisian yang sangat padat dan mudah difahami. Begitu banyak idea dan strategi tercetus walaupun belum sempat habiskan bacaan saya.
~Mohd Safuan bin Ismadi
Alhamdulillah ebook istimewa ini penuh dengan ilmu yang tidak ada di ebook atau buku-buku lain di pasaran. Saya melihat teori yang dipericikan dalam ebook ini boleh diaplikasikan didalam perniagaan sepanjang zaman.
~Azureen Azmi
Ternyata buku ini mengandungi ilmu perniagaan yang sangat perlu bagi seseorang peniaga yang mahu berjaya di dunia dan akhirat. Ada juga penerapan unsur spiritual dan sekaligus saya mendapat peringatan.
~Rahimah Abdul Rahim
Mekah | Hari #4
Hari ini adalah hari terakhir saya di Mekah buat kali ini. Pelbagai perasaan tak dapat nak saya gambarkan, sedih ada, sebak ada, sayu pun ada. Tapi, gembira ada, positif ada, dan semangat yang sangat2 tinggi untuk menghadapi hari-hari yang akan datang pun ada juga!
Seperti mana ramai yang pernah ke tanah suci, akan sentiasa rasa waktu umpama sangat pantas di sini. Rasa macam tak cukup sahaja dan ingin berada di sini lebih lama kan? Siapa pernah rasa keadaan ini?
Dalam waktu yang sama, bagi saya umpama matlamat, cita-cita, visi baru tercipta dan tak sabar untuk mengambil tindakan!
Salah satunya, yang sangat saya tak sabar untuk hasilkan (harapnya anda pun tak sabar juga untuk melihat hasilnya), adalah sebuah buku strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf. Iaitu sahabat rapat Rasulullah SAW yang juga merupakan usahawan terhebat ketika itu.
Ilham ini saya dapat ketika berdoa di hadapan Kaabah meminta Allah SWT apakah caranya untuk saya sampaikan lebih banyak ilmu perniagaan yang lebih hebat kepada usahawan dan bakal usahawan di Malaysia. Dan inilah antara jawapannya.
Dan yang lagi bestnya adalah, saya berniat untuk berikan buku ini secara percuma 100% kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar tentang perniagaan. Maklumlah, bukan strategi saya. Saya sebagai penyampai sahaja dan ianya adalah strategi ikon usahawan yang patut kita semua contohi, Abdul Rahman bin Auf.
Tahu kah anda, kekayaanya adalah sangat-sangat tinggi sehingga dinilaikan hari ini sebanyak USD527 billion. Jumlah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi dari orang terkaya di dunia hari ini, iaitu Jeff Bezos (USD112 billion)!Â
Namun kekayaan itu digunakan untuk berdakwah.
Saya yakin strategi perniagaannya akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Tak kira jika anda ingin mulakan perniagaan, atau sedang menjalankan perniagaan. Walaupun bermula perniagaan kecil-kecilan.
Infact, begitu juga Abdul Rahman bin Auf memulakan perniagaan kecil dahulu dari scratch, bermula dari zero ketika berumur 30-an bermodalkan kurang dari 5 dinar sahaja, dan kembangkan perniagaannya ke tahap yang sangat-sangat tinggi, sehingga dikatakan rombongan perniagaannya membawa barangan dagangnya sebanyak 700 ekor unta sehingga bergegar Madinah!
Pastinya anda pun tak sabar nak tahu bukan? Saya pun tak sabar ingin siapkannya. Berjam-jam di Mekah menulis dah alhamdulillah so far dapat siapkan 20 muka surat dah ni. Berikan saya masa lagi ya dan saya akan siapkan secepat mungkin.
Bukan itu sahaja, apa yang saya sudah siap, walaupun “Work-In-Progress”, saya akan share juga dengan anda. Nak tak? Sebab saya rasa untuk menghasilkan buku strategi usahawan terulung, pastinya akan memerlukan masa lagi.
Inilah pemberian saya kepada kepada semua followers saya dari tanah suci. Nak belikan souvineer di kedai 2 Riyal (banyak kat sini), berjuta ribu Riyal juga kena keluarkan  Tapi, nilai ilmu dalam buku “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat” nilainya InsyaAllah adalah jauh lebih tinggi dari 2 RiyalÂ
Selamat tinggal Mekah, InsyaAllah ada rezeki akan jejak lagi ke sini.
Sentiasa mendoakan anda.
-IK
Pada pandangan saya buku ini sesuai untuk semua golongan dari yang belum mula berniaga kepada yang sudah lama berjaya mewujudkan empayar perniagaan sendiri. Buku ini juga sesuai untuk mereka yang bukan peniaga tetapi ingin menambah ilmu mengenai individu ke-8 yang memeluk Islam dan banyak memberi sumbangan kepada penyebaran agama Islam.
~Anwar Syafiee
Ebook ini adalah ebook yang luar biasa hebat yang membantu menjawap setiap persoalan saya, saya membaca hingga tidak perasan air mata saya mengalir. Subahanaallah banyak perkara yang kadang kala kita terlepas pandang yang sebenarnya dah tertera dalam sejarah nabi-nabi kita dan para sahabat bagaimana dan strategi berniaga pada zaman dahulu yang sepatutnya diaplikasi sekarang dengan pemahaman.
~Aisya Zulaikha Has Tuah
Buku ini telah membongkarkan rahsia perniagaan yg sebenar mengikut cara islam yg patut kita amalkan utk mendapatkan keberkatan & keredhaanNYA di dunia & akhirat.
~Ahmad Safri
Panduan PERCUMA yang sarat dengan pelbagai strategi yang hebat, jitu, terbukti berkesan untuk dipraktikkan dalam mengembangkan perniagaan walaupun bermula kosong hingga ke taraf bilionaire.
~Arina Hussin
Dubai | Hari #7
Alhamdulillah! Selepas 7 hari menulis buku saya terbaru “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat!” bermula dari Mekah, ke Jeddah dan sampailah di Dubai, kini sudah siap!
Dan sepertimana saya janjikan, buku ini saya tulis adalah untuk berikan kepada anda secara PERCUMA sahaja.Â
Bukan untuk dijual oleh kerana strategi yang dikongsikan bukanlah strategi saya, tetapi strategi sahabat Rasulullah SAW dan orang yang ke-8 memeluk agama Islam, dan sahabat yang dijanjikan syurga, Abdul Rahman bin Auf. Usahawan yang terhebat dan terkaya hingga zaman ini.
Saya hanyalah sekadar penyampainya sahaja.
InsyaAllah, versi ebook akan diberikan kepada anda HARI INI melalui email. Jika anda belum daftar lagi untuk mendapatkannya secara percuma, pastikan anda daftar di www.abdulrahmanauf.com.
Moga ebook ini dapat memberi manfaat kepada anda!
Copyright  © Irfan Khairi Sdn Bhd 2023